Pena Creative Solution


Pena Creative Solution adalah sebuah syarikat pemilikan tunggal yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 september 2014 dengan nombor pendaftaran UT0006326-K dan kami merupakan Muslim Creative Enterprise pada awalnya yang di tubuhkan pada 2009. Penubuhan Pena Creative Solution ini adalah kerana penjenamaan semula sebagai induk kepada Muslim Creative Enterprise. Teras utama perniagaan kami ini adalah berdasarkan kesenian kaligrafi islam dan kesenian moden hasil dari sentuhan tangan (freehand touching) di dinding batu, kayu, zink dan seramik seperti di bangunan-bangunan sekolah, bangunan kerajaan, masjid, surau, balai raya dan rumah kediaman.

LOGO SYARIKAT

"Bersama Memartabatkan Kesenian Islam"
SLOGAN KAMI


Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pena Creative Solution

              SKOP PERNIAGAAN

  1. Perkhidmatan menghasilkan seni hiasan di dinding ( batu / kayu ) berkonsep kesenian Islam & Kontemporeri. Ianya adalah hasil sentuhan tangan anugerah Illahi yang mencetuskan kreativiti visual untuk tontonan umum. 
  2. Kami juga menyediakan perkhidmatan membuat sepanduk dari kain dengan freehand touching untuk sambutan kebesaran islam.
  3. Menganjurkan bengkel penulisan kaligrafi Islam ( seni Khat ) untuk pelajar-pelajar sekolah Rendah/ Menengah/ Agama/ Awam yang berminat.
  4. Menerima tempahan cenderamata berkonsepkan kesenian kaligrafi khat seperti jam, frame islamik kaligrafi dalam pelbagai bentuk dan saiz.
  5. Menerima Tempahan hiasan dalaman seni khat (interior design)
  6. Percetakan.
  7. Pengiklanan.

Tiada ulasan: