Dalam menuju era zaman yang semakin moden, seni penulisan khat dan jawi yang menjadi lambang keindahan Islam semakin lama semakin dilupakan. Sebagai satu usaha bersama memartabatkan kesenian khat dan penulisan Jawi ini, kami menawarkan perkhidmatan Bengkel Seni Khat dan jawi untuk pelajar-pelajar dan guru serta individu yang berminat untuk mempelajari dan mendalami seni khat dan jawi. Didalam bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan kaedah-kaedah serta jenis-jenis penulisan khat islamik dengan baik , Insya-Allah. Berikut adalah butiran lanjut mengenai Bengkel Penulisan Seni Khat dan Jawi :
OBJEKTIF
- Memberikan pendedahan teknik dan kaedah yang betul bagi mereka yang pertama kali ingin mengenal dan mempelajari asas penulisan seni khat.
- Peserta dapat memperbaiki tulisan setelah diberikan pendedahan serta kaedah penulisan seni khat
- Memberikan semangat dan penghayatan kepada setiap peserta dalam menyintai penulisan seni khat dan jawi.
- Menghidupkan roh Islam melalui penulisan khat
Pengisian : Slideshow POWERPOINT, latihan amali, demonstrasi menulis, pameran dan jualan
Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Khat dan Jawi Di Sekolah :
Sekolah Menengah Agama Repah, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Agama Rembau, Negeri Sembilan
Sekolah Rendah Agama (JAIM) Serkam Darat, Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan